Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pieterse menang peringkat keempat Tour de France

    LIEGE, 15 OGOS – Penunggang jalan raya baharu, Puck Pieterse berjaya meraih kemenangan pada peringkat keempat Tour de France wanita di Liege kelmarin, manakala Demi Vollering menduduki tempat kedua dalam penamat untuk mengekalkan jersi kuning.

    Ia merupakan kemenangan perlumbaan jalan raya pertama untuk Pieterse yang berusia 22 tahun, dalam penyertaan pertamanya di Tour de France.

    Keputusan itu mengangkat pelumba Belanda tersebut ke tempat kedua ke-seluruhan, dan memberikannya jersi putih pelumba muda terbaik.

    “Untuk meraih kemenangan di sini, dalam pecutan di hadapan Demi, ia benar-benar merupakan impian yang menjadi kenyataan,” kata Pieterse.

    “Mereka menunggang untuk GS (kla-sifikasi umum). Saya hanya di sini untuk peringkat ini.

    “Saya masih segar. Saya hanya cuba untuk tidak menunjukkan emosi dan mengambil peluang dalam pecutan.

    “Saya rasa saya mula terlalu awal pada akhirnya. Saya tidak pernah berada di sini, jadi saya tidak tahu di mana garisan penamatnya.”

    Vollering memegang jersi kuning selaku pendahulu yang disarungnya selepas ujian masa pada Selasa di Rotterdam.

    “Ia merupakan hari yang sangat baik untuk saya dan seluruh pasukan,” kata Vollering. – AFP

    Aksi Puck Pieterse (kiri) melepasi garisan penamat ketika perlumbaan berbasikal Tour de France Wanita pada 14 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda