Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak berkuasa Eropah lumpuhkan penipuan mata wang kripto

    BRUSSELS, 5 NOV – Penyiasat Eropah melumpuhkan satu rangkaian penipuan kewangan dan menahan sembilan individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melalui mata wang kripto, menurut agensi kehakiman Kesatuan Eropah (Eurojust), kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Suspek didakwa menipu mangsa dengan jumlah melebihi 600 juta euro (AS$689 juta) melalui permintaan pelaburan palsu dalam mata wang kripto, yang kemudiannya ditukar kepada wang tunai, menurut Eurojust.

    Pihak berkuasa di Perancis, Belgium, Cyprus, Jerman dan Sepanyol bekerjasama dalam siasatan tersebut.

    Operasi dijalankan minggu lalu dengan tangkapan dibuat di Cyprus, Sepanyol dan Jerman.
    Hasil serbuan membawa kepada rampasan lebih 1.5 juta euro (AS$1.7 juta) dalam bentuk wang tunai dan mata wang kripto.

    Menurut Eurojust, kumpulan itu menubuhkan puluhan platform pelaburan mata wang kripto palsu yang kelihatan sah dan menjanjikan pulangan yang tinggi.

    Mangsa diperdaya melalui media sosial, artikel berita rekaan serta sokongan palsu daripada selebriti atau pelabur berjaya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda