Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu

    SEOUL, 12 FEB – Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor agensi berita Yonhap.

    Menurut Perkhidmatan Kastam Korea, sebatian yang dikenal pasti sebagai 4-Benzyloxy-3,5-dimethoxyphenethylamine itu mempunyai persamaan dengan meskalina.

    Analisis struktur kimia mengesahkan bahawa ia merupakan dadah sintetik baharu yang kali pertama dilaporkan di peringkat global.

    Pihak berkuasa menemukan sebatian berkenaan dalam bentuk serbuk semasa pemeriksaan rutin.

    Meskalina bersifat mengkhayalkan yang diekstrak daripada kaktus peyote di Mexico serta kaktus San Pedro yang berasal dari Peru dan Ecuador. Ia menghasilkan kesan halusinasi serupa dengan LSD dan magic mushroom. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda