CONCORD, 14 JUN – Pegawai New Hampshire mengeluarkan dua amaran tentang alga yang berpotensi berbahaya di sepanjang tasik tebesar Winnipesaukee di negeri itu.
Jabatan Perkhidmatan Alam Sekitar New Hampshire berkata, kelmarin ia mengesan kepekatan sianobakteria yang tinggi, juga dikenali sebagai alga biru-hijau, di pantai Carry dan Brewster di Wolfeboro dan di 19-Mile Bay dan Tuftonboro Neck di Tuftonboro pada hari sebelumnya.
Pelawat harus mengelakkan daripada menyentuh air dan menjauhkan haiwan peliharaan, jabatan itu menasihatkan dalam satu kenyataan.
Sianobakteria mekar tumbuh di sepanjang persisiran pantai. Di sesetengah kawasan, ia kelihatan lebih kuning kerana ia bercampur dengan debunga, kata jabatan itu.
Gejala terdedah kepada sianobakteria termasuk boleh menyebabkan gatal pada kulit, kekejangan perut, muntah, loya, cirit-birit, demam, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan sendi, ulser mulut dan kerosakan hati.
Kawasan yang terjejas akan diambil sampel semula pada 19 Jun dan pensampelan semula akan diteruskan setiap minggu jika alga mekar berterusan, kata jabatan itu. – AP