Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak berkuasa Thailand jamin keselamatan rakyat Malaysia ketika melancong

    NARATHIWAT, 13 JUN – Rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa telah mengetatkan langkah keselamatan berikutan beberapa insiden letupan bom.

    Mengakui Thailand sebagai antara destinasi pelancongan pilihan utama rakyat Malaysia, Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham, berkata pihak berkuasa Thailand telah mengetatkan langkah keselamatan di lima wilayah selatan, termasuk Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Hatyai.

    Bercakap kepada media, yang merupakan sebahagian daripada delegasi untuk Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara OIC ke selatan Thailand, Trakul berkata pihak berkuasa Thailand juga telah melaksanakan beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keselamatan pelancong antarabangsa.

    “Rakyat Malaysia bagaimanapun dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan diri dan membawa dokumen penting semasa melancong ke Thailand,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda