Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak berkuasa Turkiye singkir datuk bandar

    ANKARA, 29 JAN – Pihak berkuasa Turkiye, hari ini, menyingkirkan seorang datuk bandar di wilayah timur Siirt susulan sabitan atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Xinhua yang memetik kenyataan kementerian dalam negeri negara itu.

    Bekas Datuk Bandar Sofya Alagas dijatuhi hukuman penjara enam tahun tiga bulan oleh sebuah Mahkamah Diyarbakir atas kesalahan menjadi anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang diharamkan, menurut kenyataan itu. Berikutan sabitan itu , beliau dilucutkan jawatan dan Gabenor Siirt Dr. Kemal Kizilay, dilantik sebagai pemangku datuk bandar, menurut kenyataan berkenaan.

    Kerajaan Turkiye baru-baru ini menggantikan beberapa datuk bandar dan ahli majlis perbandaran yang dikaitkan dengan parti pro-Kurdish atas alasan kebimbangan keselamatan serta dakwaan mempunyai hubungan dengan PKK. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda