Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pihak gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel

    ISTANBUL, 20 OKT – Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza kelmarin malam.

    Menerusi satu kenyataan, pihak gereja itu menekankan komitmennya terhadap tanggungjawab kemanusiaan untuk melindungi orang awam, lapor agensi Anadolu.

    “Menyasarkan gereja dan institusinya serta tempat perlindungan yang disediakan kepada orang awam tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

    Kenyataan itu turut merujuk kepada serangan Israel sebelum ini ke atas Gereja Ortodoks Greek di Gaza seperti dilaporkan agensi berita Palestin di mana sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lain cedera.

    Terdapat bukti serangan menyasarkan kemudahan dan tempat perlindungan gereja termasuk Episcopal Church of Jerusalem Hospital, sekolah-sekolah lain dan institusi sosial, pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem serta gereja-gereja lain.

    Bagaimanapun, pihak gereja tetap komited untuk memenuhi tanggungjawab agama dan moral mereka dalam memberikan bantuan, sokongan dan perlindungan kepada orang awam yang memerlukan, walaupun desakan Israel untuk mengosongkan institusi itu dan tekanan yang diberikan kepada gereja-gereja dalam hal ini, tambahnya. – Bernama

    Penduduk Palestin memeriksa kerosakan di gereja yang digunakan orang awam sebagai tempat perlindungan pada 18 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...