Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak lawan mula ‘intai’ Harimau Malaya – Richard Scully

    KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Pasukan Malaysia mampu memberi ‘ancaman’ kepada mana-mana lawan biar pun diundi dalam Kumpulan B bersama ranking ke-18 dunia, iaitu Iran, pada Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang bakal berlangsung bulan depan.

    Hal ini kerana pemerhati bola sepak, Datuk Richard Scully, berpendapat bahawa satu transformasi besar telah berlaku dalam skuad kebangsaan dan inilah masa terbaik untuk menguji jentera berkenaan.

    Beliau turut melihat pasukan lawan kini mula membuka mata serta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kebangkitan Harimau Malaya sekali gus membuktikan bahawa skuad negara tidak lagi boleh dipandang ringan.

    “Terlampau awal kita mahu buat ramalan kerana mereka semua dalam pertandingan sedang buka mata memandang Malaysia. Pasukan lain sudah mula membuat analisis terhadap skuad negara sebab Malaysia dahulu dengan Malaysia sekarang sudah berbeza. – Bernama

    Pasukan Malaysia ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda