Monday, April 7, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak sekolah perlu hentikan aktiviti luar bilik darjah

    ALOR SETAR, 3 MEI – Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini demi keselamatan warga sekolah termasuk pelajar dan murid.

    Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, meskipun tiada sekolah di negara ini ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    “Saya menyeru anak-anak sekolah dan warga sekolah berhati-hati tentang cuaca yang panas (sekarang ini) dan (banyak) minum air, (dan) kita tidak akan adakan aktiviti di luar bilik darjah (termasuk kokurikulum),” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat hari ini.

    Terdahulu, Hui Ying juga melawat tiga lagi sekolah di sini dalam lawatan kerjanya hari ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Min; SJKC Keat Hwa S dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Barathy.

    Hui Ying berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung keadaan cuaca panas itu dalam usaha langkah berjaga-jaga selain usaha melaksanakan pendekatan berkesan bagi menangani isu itu.

    “Garis panduan kita (yang telah ditetapkan) bagi suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius, JPN pantau dan akan tutup sekolah. (Pihak sekolah) mohon dengan JPN, JPN akan buat keputusan (berhubung penutupan sekolah),” katanya.

    Selain itu, beliau berkata, JPN akan turut memantau di sekolah untuk melihat sejauh mana kebenaran khas untuk warga sekolah memakai pakaian atau baju sukan sopan ketika cuaca panas diguna pakai untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan. – Bernama

    Timbalan Menteri Pendiidkan, Lim Hui Ying mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat sempena lawatan kerja ke sekolah-sekolah di Alor Setar. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda