Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piknik sungkai di BSRC

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 MEI – Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat Community for Brunei, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Acara Bazar Raya dan Piknik Sungkai di kawasan sekitar Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), Panaga, hari ini.

    Acara berkenaan bukan sahaja dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai hidangan daripada berbagai-bagai budaya malah Thrift Boutique di mana pengunjung boleh membeli-belah bagi pakaian raya.

    Pada butik berkenaan, pelbagai pakaian terpakai dijual yang dikumpulkan menerusi CSR berkenaan dan pengunjung yang menyumbangkan pakaian terpakai mereka.

    Di samping itu, acara itu juga mengetengahkan beberapa kempen amal seperti Foodlife di mana pengunjung boleh menyumbangkan lampin yang akan disumbangkan kepada pekerja-pekerja sosial perubatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Turut serta ialah Society for Community Outreach and Training (SCOT) di mana pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Social Kitchen 5,000 Meals Challenge dan bagaimana mereka boleh terlibat dengan menjadi sukarelawan sementara itu, Sejahtera Pet Food juga membuat sumbangan ke arah usaha kumpulan tersebut semasa acara itu.

    Dengan bertemakan bulan Ramadan, pengunjung juga dialu-alukan untuk bersungkai bersama menerusi Piknik Sungkai di padang.

    Selaras dengan inisiatif Brunei Bebas Plastik BIBD, pengunjung juga digalakkan untuk membawa beg kitar semula untuk mengurangkan jumlah beg plastik digunakan pada acara itu.

    Pengunjung melihat pelbagai barangan yang dijual pada Thrift Boutique.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda