GENEVA, 16 NOV – Gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer hari ini mengumumkan perjanjian untuk menghasilkan ubat oral antiviral COVID-19 yang lebih murah bagi negara-negara miskin, sekiranya pil tersebut lulus ujian penilaian dan undang-undang. Pfizer, yang turut menghasilkan vaksin COVID-19 bersama makmal Jerman BioNTech, berkata mereka menandatangani perjanjian untuk memberikan lesen penghasilan pil Paxlovid kepada