Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pilih atlet berdasarkan prestasi terbaik – Ahmad Faizal

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Pertimbangan dalam memilih atlet olahraga bagi membentuk kuartet 4×100 meter (m) wanita ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam perlu bersandarkan merit dan pencapaian diraih mereka.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia seharusnya tidak lari daripada prinsip pemilihan ditetapkan buat mana-mana atlet untuk ke temasya sukan dwitahunan tersebut.

    “Saya mengikuti rapat isu dibangkitkan tentang pemilihan atlet olahraga berkenaan namun tidak mempunyai niat untuk campur tangan urusan pemilihan atlet diputuskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

    “Bagaimanapun, saya terpanggil mengingatkan pentadbir dan pemimpin sukan terhadap tanggungjawab memilih atlet yang terbaik bagi membawa cabaran negara di pentas antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Faizal berkata berdasarkan situasi terkini, empat pelari pecut wanita berjaya menghasilkan catatan di bawah 12 saat (s) dalam acara 100m dan selayaknya dipilih membentuk gandingan  4x100m itu.

    Empat atlet tersebut ialah Zaidatul Husniah Zulkifli yang mencatat 11.62 saat (s), diikuti Nor Sarah Adi (11.89s), Azreen Nabila Alias (11.90s) dan Fatin Ilyana Mat Nayan dengan masa 11.97s.

    Beliau berkata pihaknya dalam masa sama memahami sebarang kata putus bagi penyertaan atlet di bawah kategori B Sukan SEA adalah terletak di bawah keputusan Persatuan Sukan Kebangsaan.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...