Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilih Islam menjadi pegangan hidup

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 29 Mac – Seorang wanita berbangsa Iban telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, di sini, hari ini.

    Wennie Anak Pangras, 32, yang berasal dari Rumah Panjang Kampung Melilas Ulu Belait, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Nur Syazwani binti Abdul Rahim Pangas.

    Hadir menyaksikan majlis pengislaman itu ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu yang juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada saudara baru berkenaan.

    Majlis pengislaman tersebut turut disaksikan sama oleh Penolong Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan serta pegawai-pegawai lain jabatan tersebut.

    Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti acara pengislaman dan penyampaian cenderahati sebelum disudahi dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis pengislaman wanita bangsa Iban, Dayang Nur Syazwani.
    Majlis pengislaman wanita bangsa Iban, Dayang Nur Syazwani.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda