Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilih kasut sesuai, elak masalah kaki

    KAKI yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah. Masalah kaki pula mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang.

    Masalah kaki

    1. Kutu air

    Masalah ini berlaku disebabkan kulat dan jangkitan kuman bakteria. Kebiasaannya, ia berlaku pada kaki yang berkeadaan lembap dan panas.

    Antara gejala masalah ini apabila kaki kelihatan merah, melepuh, mengelupas dan gatal. Masalah ini boleh dicegah melalui pemakaian krim antikulat atau krim antibakteria.

    Pilih kasut yang sesuai.
    Pilih kasut yang sesuai.
    Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah. Masalah kaki pula mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang.
    Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah. Masalah kaki pula mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang.

    Selain itu, pastikan kaki sentiasa bersih dan kering. Pada masa sama, gunakan kasut yang sesuai dan selesa di samping menukar stoking dengan kerap.

    2. Kulit kaki kering dan pecah

    Masalah ini boleh menyebabkan rasa gatal, perit dan mungkin pedih. Ia boleh dikurangkan dengan peng-gunaan sabun yang lembut dan krim pelembap setiap hari.

    3. Kematu yang sakit

    Ia berlaku disebabkan penggunaan kasut yang ketat. Masalah ini boleh menyebabkan sendi ibu jari kaki menjadi bengkak dan sakit. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan kasut yang berpotongan lebar pada bahagian hadapan dan pergelangan kaki. Selain itu, gunakan pelapik lembut untuk melindungi kaki daripada tekanan.

    4. Kuku kaki mencengkam

    Hujung kuku ibu jari kaki tumbuh dan masuk ke dalam kulit menyebabkan sakit, luka serta jangkitan kuman. Ia biasa terjadi di bahagian ibu jari kaki.

    Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya potong kuku ibu jari kaki secara lurus dan berkala di samping mendapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian berkenaan.

    5. Kematu

    Ia terjadi disebabkan geseran dan tekanan yang berpanjangan. Justeru, gunakan kasut bersaiz sesuai, elakkan memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama.

    Dapatkan pemeriksaan doktor atau berjumpa pakar penjagaan kaki bagi mengatasi masalah berkenaan.

    6. Ketuat

    Ia sejenis ketumbuhan pada kulit disebabkan kuman virus dan masalah berkenaan perlu diatasi segera dengan berjumpa doktor untuk rawatan sebelum menjadi lebih teruk.

    Terdapat pelbagai cara bagi menjaga bahagian kaki kekal bersih dan sihat antaranya adalah dengan cara urutan lembut pada kaki.
    Terdapat pelbagai cara bagi menjaga bahagian kaki kekal bersih dan sihat antaranya adalah dengan cara urutan lembut pada kaki.
    Masalah kulit kaki kering dan pecah boleh menyebabkan rasa gatal, perit dan mungkin pedih. Ia boleh dikurangkan dengan penggunaan sabun yang lembut dan krim pelembap setiap hari.
    Masalah kulit kaki kering dan pecah boleh menyebabkan rasa gatal, perit dan mungkin pedih. Ia boleh dikurangkan dengan penggunaan sabun yang lembut dan krim pelembap setiap hari.
    Masalah kaki boleh berlaku disebabkan penyakit, saiz kasut tidak sesuai, usia, peredaran darah yang kurang baik dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul.
    Masalah kaki boleh berlaku disebabkan penyakit, saiz kasut tidak sesuai, usia, peredaran darah yang kurang baik dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul.

    Penjagaan kaki

    Masalah kaki boleh berlaku disebabkan penyakit, saiz kasut tidak sesuai, usia, peredaran darah yang kurang baik dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul.

    Bagi menjaga bahagian kaki kekal bersih dan sihat ada beberapa cara yang boleh dilakukan yang dikongsi oleh portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, antaranya:

    1.Periksa kaki dengan kerap.

    2.Amalkan kebersihan kaki yang baik.

    3.Pilih kasut yang sesuai.

    4.Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan cara:

    -Senaman berkala.

    -Urutan lembut pada kaki.

    -Rendamkan kaki dalam air suam.

    -Rehatkan kaki ke paras yang sedikit tinggi selepas lama berdiri atau apabila berasa letih.

    5.Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:

    -Tekanan akibat kasut yang ketat

    -Duduk terlalu lama

    -Duduk bersilang kaki terlalu lama

    -Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat

    Cara pilih kasut

    1.Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

    2.Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat seiring usia.

    3.Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang selepas berjalan seharian.

    4.Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaannya.

    5.Pastikan ada ruang untuk jari kaki bergerak.

    6.Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas dan dibuat daripada bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki.

    7.Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut daripada buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan terutama di atas permukaan yang keras.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda