Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pilih tidur dalam lori jaga harta benda

    ALOR GAJAH, 3 JAN – Seorang warga emas memutuskan untuk tidur di dalam lori bagi menjaga keselamatan harta bendanya daripada dicuri pihak tidak bertanggungjawab, selepas rumahnya di Kampung Belimbing Dalam di sini, ditenggelami banjir separas dada sejak Sabtu lepas.

    Othman Baba, 83, berkata dia sememangnya tidak pernah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali kampung tersebut dilanda banjir, kerana risau rumahnya dipecah masuk pencuri. Berikutan itu, dia yang telah 17 tahun menetap di situ, memilih untuk tinggal di dalam lori milik anak lelaki-nya  itu, yang diletakkan di jalan raya yang tidak dinaiki air berdekatan rumahnya.

    “Dua anak lelaki saya menjalankan perniagaan sewa khemah. Oleh kerana mereka tiada tempat nak letak barang, mereka simpan dalam stor di rumah saya.

    “Sejak banjir pada Sabtu lepas, dah dua malam saya bersama seorang lagi anak lelaki dan anak perempuan tidur dalam lori ini sebab takut barang-barang tersebut dicuri,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini. Othman berkata ada penduduk kampung yang memintanya supaya berpindah ke PPS, tetapi beliau memutuskan untuk terus berada di situ, sementara menunggu air surut.

    Katanya bagi mendapatkan bekalan makanan dia akan keluar membeli di kedai atau menunggu bantuan makanan yang dihulurkan oleh mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mahupun sukarelawan. – Bernama

    SETIA MENUNGGU… Penduduk kampung Othman Baba, 83, sanggup bermalam di dalam lori bagi memastikan keselamatan rumah serta haiwan ternakannya terjaga ketika tinjauan banjir di Kampung Belimbing Dalam dekat Durian Tunggal. –Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...