Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan pelaburan lebih luas

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Standard Chartered Securities telah mengadakan seminar Outlook Market pada malam hari ini, bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club yang dihadiri oleh 150 pelanggan utama perbankan.

    Berada di majlis tersebut bagi menyambut para tetamu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities, Brenda Low.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Brenda Low berkata, “Setelah ditubuhkan selama lebih dari tiga tahun, Standard Chartered Securities kini telah berkembang lebih kukuh.

    “Kami menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan di pasaran, diketuai dengan pakar global dan perunding kekayaan (wealth) berlesen yang berpengalaman dan pengurus-pengurus perhubungan untuk membantu anda merealisasikan aspirasi kewangan anda tanpa mengira peringkat anda dalam kehidupan,” jelasnya.

    “Kami dengan sukacitanya memperkenalkan pembekal dana baharu, Invesco Asset Management Singapore Ltd, dengan enam dana unit amanah yang baharu, industri-industri dan perkembangan untuk membantu anda mempelbagaikan portfolio pelaburan dan mencapai matlamat pelaburan anda,” tambah Brenda Low.

    Antara pelanggan utama perbankan yang hadir di majlis tersebut bagi mendengarkan pembentangan yang disampaikan.

    Semasa majlis makan malam tersebut, Ketua Jualan Perantara, Invesco Asset Management Singapore Ltd, Noelle Lim, telah menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Investing for Income and Growth’.

    Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada strategi pelaburan dan tinjauan mengenai dana Invesco yang didaftarkan di Brunei dan memberikan penjelasan bagi mereka yang berminat untuk melabur untuk menambah pendapatan dan pertumbuhan modal.

    Seminar yang sama juga telah diadakan pada awal minggu ini untuk para pelanggan di Kuala Belait di Grand Ballroom, Hotel V-Plaza.

    Standard Chartered Securities menawarkan pelbagai produk kekayaan (wealth) dan khidmat nasihat.

    Pelabur yang berpotensi adalah diperlukan untuk melengkapkan penilaian profil risiko klien untuk memastikan pelanggan memahami risiko mereka sebelum mengambil apa-apa produk kekayaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda