Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Afrika Selatan 8 Mei nanti

    CAPE TOWN, 27 Feb – Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa kelmarin mengisytiharkan 8 Mei 2019 sebagai tarikh pilihan raya umum bagi memilih anggota Perhimpunan Kebangsaan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Dari segi perlembagaan, presiden itu telah membubarkan Perhimpunan Kebangsaan untuk membuka laluan bagi mengadakan pilihan raya umum, menurut kenyataan pejabatnya.

    Minggu lepas, Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan menerima pakai satu resolusi untuk membubarkan dirinya menjelang pilihan raya umum negara itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, semua ketua menteri wilayah turut mengisytiharkan 8 Mei 2019 sebagai tarikh pilihan raya perundangan wilayah.

    Bagi memudahkan pengundian dan menggalakkan lebih ramai pengundi menggunakan hak mereka, Ramaphosa turut mengisytiharkan 8 Mei 2019 sebagai cuti umum di seluruh negara.

    Ini akan menjadi pilihan raya umum keenam selepas sistem aparteid berakhir pada 1994.

    Pilihan raya ini bakal menentukan siapa yang menjadi presiden Afrika Selatan berikutnya.

    Berdasarkan perlembagaan, pemimpin sesebuah parti politik yang memenangi pilihan raya secara automatik menjadi presiden. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda