Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Bolivia 6 Sept

    LA PAZ, 11 JUN – Parlimen Bolivia meluluskan tarikh baharu untuk pilihan raya umum pada 6 September, walaupun keputusan masih perlu disahkan oleh Presiden Jeanine Anez.

    Undang-undang baharu itu diluluskan oleh kedua-dua dewan kongres ‘dengan lebih daripada dua pertiga undi,” kata Presiden Senat Eva Copa.

    Pada minggu lalu Tribunal Pilihan Raya Tertinggi mencapai persetujuan dengan parti politik mengenai tarikh baharu itu.

    “Saya percaya undang-undang ini memberikan kepastian berhubung tarikh pilihan raya yang penting untuk penubuhan demokrasi di Bolivia,” kata presiden tribunal pilihan raya Salvador Romero. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda