Pilihan raya Sarawak perlu diadakan bila tempoh tamat

KUCHING, 18 OKT – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, Pilihan Raya Negeri perlu diadakan apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat, Jun tahun hadapan.

Beliau berkata, ada pihak tertentu dan individu yang mencadangkan, agar Pilihan Raya Negeri tidak diadakan sewaktu pandemik COVID-19, tetapi menjelaskan yang DUN perlu dibubarkan, apabila tempoh masanya tamat untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

“Kita perlu menyerahkan kepada rakyat (untuk mandat baru) dan kita mempunyai kerajaan yang bagus untuk menguruskan COVID-19 (ketika proses pilihan raya),” kata Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika menutup Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2020 di sini hari ini. – Bernama