Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Thai cetus kontroversi

    BANGKOK, 29 Mac – Beberapa calon anti-tentera di Thailand mengemukakan aduan baharu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini berhubung jumlah undi rosak dan dakwaan pembelian undi ekoran pilihan raya kontroversi yang telah meninggalkan politik di negara yang diperintah junta dalam keadaan terawang-awang.

    Parti sokongan tentera dan pesaing utamanya yang dipimpin oleh jutawan dalam buangan telah menuntut hak untuk memerintah negara selepas pilihan raya pada hujung minggu, dengan jumlah pengiraan terakhir ditangguh selama beberapa minggu.

    Calon daripada sekurang-kurangnya dua parti pada hari ini mengeluarkan aduan baharu dengan suruhanjaya berhubung dakwaan penyimpangan daripada kebiasaan yang dikatakan oleh mereka boleh menjejaskan pengiraan undi akhir.

    Seorang ahli parti Future Forward anti-junta menuduh Phalang Pracharat pro-tentera sebagai mengampu pegawai tempatan dengan memberi mereka hadiah wang tunai dan hadiah.

    “Ia melanggar undang-undang, ia boleh dilihat sebagai pembelian undi,” kata jurucakap Future Forward Pannika Wanich.

    Seorang lagi calon Future Forward melaporkan ugutan pengundi di dalam stesen mengundi Bangkok.

    “Terdapat seorang pegawai tentera berdiri di dalam stesen mengundi untuk melihat sama ada pegawai tentera telah mengundi untuk parti yang diingini oleh beliau,” kata calon Chris Potranan dalam satu aduan yang difailkan hari ini. – AFP

    Pannika Wanich ketika bercakap semasa di bangunan ibu pejabat parti di Bangkok pada 24 Mac lalu selepas pengiraan undi pilihan raya Thailand ditutup. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda