Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Thailand Februari 2019

    BANGKOK, 28 Feb – Ketua junta Thailand berkata semalam, pilihan raya yang sekian lama dijanjikan bakal diadakan selewat-lewatnya Februari 2019, tiga bulan lewat daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

    Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang merampas kuasa pada 2014 berulang kali mungkir untuk mengadakan pilihan raya sambil menguatkuasakan undang-undang bagi melarang perhimpunan politik tidak lebih lima orang.

    “Saya katakan dengan jelas, pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya Februari 2019,” katanya.

    Beliau sebelum itu berkata, pilihan raya mungkin diadakan November tahun ini. Walaupun dengan tarikh lanjutan itu, Prayut berkata, tarikh itu juga “bergantung kepada situasi negara” dan menggesa media “berhenti bertanya bila pilihan raya diadakan.”

    Rejim itu berkata, ia terpaksa menggulingkan sebuah kerajaan dipilih bagi membantu memulihkan kestabilan selepas sedekad pergolakan politik.

    Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang merampas kuasa pada 2014 berkata pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya Februari 2019. – AFP

    Namun ketika ulang tahun rampasan kuasa pada Mei ini semakin hampir, kesabaran terhadap pemerintahan tentera semakin menipis dan penunjuk perasaan kembali memenuhi jalanan walaupun larangan mengadakan perhimpunan.

    Sekurang-kurangnya 40 orang didakwa selepas menghadiri perhimpunan prodemokrasi bulan ini dan aktivis baru-baru ini melancarkan bantahan mingguan secara berterusan.

    Siri skandal profil tinggi mendalamkan perasaan tidak senang terhadap junta, dengan kemarahan meningkat ditujukan kepada orang nombor dua Prayut, Prawit Wongsuwan, yang disiasat kerana mengumpul 24 jam mewah dan gagal diisytiharkan dalam asetnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda