Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pilihan raya Turkiye dijadual pada 14 mei

    ANKARA, 10 MAC – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini menetapkan pilihan raya presiden dan parlimen negara itu berlangsung pada 14 Mei, sebulan lebih awal daripada dijadualkan.

    Erdogan memetik Perkara 116 Perlembagaan Turkiye untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei, yang sebelum ini dijadual pada 18 Jun, lapor Xinhua.

    Lembaga Pilihan Raya Tertinggi akan melancarkan jadual pilihan raya selama dua bulan selepas keputusan itu disiarkan menerusi warta rasmi negara pada Sabtu, kata Erdogan kepada pemberita.

    Beliau menambah keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan universiti akan berlangsung pada 18 Jun, termasuk cuti persekolahan.

    Erdogan akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang sebagai calon Perikatan Rakyat.

    Blok itu dibentuk oleh Parti Keadilan dan Parti Pembangunan yang memerintah, Parti Gerakan Nasionalis, dan Parti Kesatuan Mega.

    Beliau akan dicabar Kemal Kilicdaroglu, dari parti pembangkang Nation Alliance yang terdiri daripada enam gabungan. – Bernama

    Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semasa mengumumkan bahawa pilihan raya umum kebangsaan akan diadakan pada 14 Mei, di Kompleks Presiden atau Kulliye di Ankara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...