HARARE, 30 Mei – Zimbabwe hari ini mengumumkan akan memilih presiden dan anggota parlimen baharu pada 30 Julai ini, dalam pilihan raya pertama negara itu sejak menyingkirkan pemimpin autokratik, Robert Mugabe.
Penggantinya, Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan tarikh tersebut di dalam Warta Kerajaan Zimbabwe yang rasmi.
“Isnin, 30 Julai 2018 adalah hari pilihan raya bagi jawatan Presiden, anggota Dewan Negara dan pemilihan anggota majlis,” kata Mnangagwa.
Mnangagwa, yang sebelum ini dikenali sebagai pegawai kanan Mugabe, secara dramatik menggantikan pemimpin veteran berusia 94 tahun itu pada November lalu selepas hampir empat dekad berkuasa apabila tentera menyerbu dan merampas tapak-tapak utama.
Mnangagwa, 75, akan menentang parti pembangkang Gerakan untuk Parti Demokratik (MDC), yang kini diketuai oleh Nelson Chamisa yang berusia 40 tahun berikutan kematian Morgan Tsvangirai pada Februari lalu.
“Kami mempunyai tugas yang hebat di hadapan kami, tugas untuk memberikan rakyat kemudahan dan membuat undi,” kata Mnangagwa pada pertemuan parti pemerintah ZANU-PF pada Isnin lalu berikutan pengumuman itu.
“Apapun masalah yang kita hadapi, kita perlu memberi tumpuan kepada pilihan raya yang akan datang.” – AFP