IPOH, 17 Sept – Ekoran menerima tiga kad merah kerana dikesan melakukan kesalahan teknikal, pingat emas yang dimenangi atlet Kelantan Nurul Alyahaziqah Kamarazaman dibatalkan walaupun beliau yang pertama melintasi garisan penamat bagi acara 5,000 meter jalan kaki wanita dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 hari ini. Ketua Delegasi Teknikal Olahraga Sukma, Tan Boon Seng tampil