KAHERAH – Uratnya kelihatan tegang di garis leher Sara Samir, warga Mesir yang berusia 20 tahun, mampu mengangkat ‘barbell’ dengan berat melebihi 90 kilogram di atas kepalanya sebelum meletakkannya semula ke lantai.
Malah kehadiran Samir dalam sukan itu memang sudah jelas, yang berada dalam dewan angkat berat, bagi pasukan kebangsaan di Kaherah.
Dia telah menjadi trend sejak memenangi pingat gangsa dalam kelas 69 kilogram (152 pound) pada Sukan Olimpik 2016, ahli sukan Olimpik wanita Mesir pertama yang memenangi pingat dalam podium berkenaan.
“Selepas saya memenangi pingat di Rio, kanak-kanak perempuan di sini mula mengangkat berat di Ismailia,” katanya sambil tersenyum, merujuk kepada wilayah kediamannya.
Tetapi itu tidak selalu berlaku buat Samir, yang bersaing dengan nama ‘Sara Ahmed.’


“Orang ramai akan berkata kepada saya seperti ‘oh, awak ini seorang pengangkat berat? Bolehkah awak mengangkat saya?” kata salah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, ketika dia mula melakukan latihan.
Di sebalik kejayaan Olimpiknya itu, bilangan kanak-kanak perempuan yang bersaing secara serius dalam sukan angkat berat telah melonjak hampir sepuluh kali ganda.
“Peserta wanita dalam kejohanan angkat berat adalah tidak lebih daripada 30 atau 40 orang kanak-kanak perempuan,” kata Mohamed Eldib, ketua jurulatih pasukan angkat berat kebangsaan, selepas dia memantau prestasi Samir dan rakan-rakannya di daerah Maadi, selatan Kaherah.
Kini lebih daripada 300 kanak-kanak perempuan telah didaftarkan dengan Persekutuan Angkat Berat Mesir, katanya.
“Kemenangan telah membentuk sebuah motivasi semangat yang kuat kepada atlet-atlet wanita… dan memberikan harapan terhadap sebarang kemungkinan untuk mencapai kemenangan, walaupun apa pun jua rintangannya,” kata penganalisis sukan Mohamed Seif memberitahu AFP.
Cabaran-cabaran itu termasuklah “kurangnya minat sesebuah keluarga yang akan mendahulukan anak lelaki mereka” kerana anak perempuan dijangka akan berhenti melakukan latihan sukan apabila mereka sudah berkahwin, kata Seif.
Kanak-kanak perempuan sebaliknya digalakkan untuk mengambil bahagian dalam sukan lain seperti berenang atau gimnastik, katanya, berbanding angkat berat atau olahraga.
Sebelum Samir berjaya mendapatkan pingat gangsa, Mesir tidak memenangi sebarang pingat sejak tahun 1948, kemarau hampir 70 tahun.
Kejayaannya telah diikuti pada hari yang sama apabila atlet angkat berat lelaki negara itu, Mohamed Mahmoud, berjaya mendapatkan pingat gangsa seterusnya.
Samir sangat gigih dengan latihannya. “Keseluruhan fokusnya tertumpu pada angkat berat,” kata jurulatihnya dengan bangga.
Dia juga mendapat sokongan yang begitu menggalakan daripada ibu bapanya, sebagai seorang perempuan, bapa Samir yang telah memenuhi hasratnya untuk berkecimpung dalam angkat berat dan membawanya ke tempat latihan.


Beberapa bulan kemudian, dia berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan Mesir di bawah umur 14 tahun. Pada usia 13 tahun, dia telah menyertai pasukan kebangsaan.
Namun Samir bukanlah satu-satunya wanita Mesir yang telah beraksi di pentas angkat berat peringkat dunia.
Beberapa tahun selepas bertanding, rakan senegaranya Abeer Abdelrahman dijangka menerima pingat Olimpik secara retroaktif, selepas pemenang dalam podium itu telah dilucutkan pingat kerana didapati positif dalam ujian ‘doping’.
Abdelrahman pada asalnya berada di tempat kelima semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan Sukan Olimpik 2012 di London.
Pada tahun 2016, dia telah dimaklumkan bahawa dia telah memenangi pingat perak di London dan beberapa bulan kemudian dia akan dianugerahkan pingat gangsa semasa bersaing di Beijing.
Dan tahun lepas, Shaimaa Khalaf, 26, telah memenangi pingat perak dan gangsa di Kejohanan Dunia AS dalam kategori berat 90 kilogram ke atas.
Tetapi dengan adanya kejayaan besar tersebut, angkat berat dan sukan lainnya bukanlah menjadi keutamaan kerajaan, di mana tempat itu diperuntukkan untuk sukan bola sepak di Mesir.
“Negara ini biasanya melakukan sesuatu ketika adanya pencapaian… dan kemudian apabila masa berlalu, kami dilupa dan memberi tumpuan kepada bola sepak,” kata penganalisis Seif.
Eldib berkata walaupun pembiayaan negeri merangkumi keperluan pasukan kebangsaan, kekurangan dana untuk gim telah menghadkan potensi kejuaraan kerana ramai yang tidak mempunyai akses untuk latihan angkat berat.
Semua pingat Samir sejak dia mula bertanding, lebih daripada 50, katanya, adalah pingat emas, kecuali dua pingat gangsa, termasuklah pingat Olimpik Rio. Rahsianya?
“Ini semua bergantung pada seberapa banyak yang anda mahu capai,” katanya, sambil mengingati apa yang jurulatihnya, Eldib katakan, di mana perempuan ‘mempunyai tahap toleransi yang tinggi dalam latihan berbanding lelaki’. – AFP