Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pinggir kota Beirut dipenuhi seni warna warni

    BEIRUT – Dari kawasan lebuh raya di luar ibukota Lubnan, Beirut, kawasan kejiranan Ouzai dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang sudah rosak dan bangunan-bangunan yang sudah kelam, tidak berseri, terpinggir serta muram. Namun kini, penggiat seni di negara itu sedang berusaha menjadikan kawasan itu sebagai lokasi yang dipenuhi dengan seni jalanan.

    Beberapa artis seni di negara itu telah ikut serta dalam menjayakan projek ‘Ouzville’ dan telah melukis pelbagai bentuk lakaran seni dengan pelbagai warna seperti biru, merah, kuning dan juga hijau serta menghiasi bangunan-bangunan dengan mural yang besar, coretan dan pelbagai bentuk watak kartun. Projek ini bertujuan untuk menyerikan lagi kawasan Ouzai menjadi sebuah kawasanan kejiranan yang kaya dengan seni dan menakjubkan di pantai barat selatan Beirut.

    Kawasan ini merupakan kampung pesisir yang sunyi dan sepi namun kawasan ini mempunyai pemandangan pantai yang indah dan menarik. Namun semasa zaman peperangan saudara pada tahun 1975-1990 di Lubnan, penduduk awam telah dipindahkan ke tempat ini dan membina rumah di kawasan itu tanpa sebarang permit dan kebenaran untuk menampung keperluan mereka.

    Selama beberapa dekad yang lalu, huru-hara kawasan kejiranan menyebabkan beberapa bangunan runtuh dan tiang elektrik rosak malah pemandangan seperti ini adalah fenomena pertama yang dilihat dari pelan pendaratan di lapangan terbang Beirut. Ayad Nasser, salah seorang pemaju dalam projek berkenaan dilahirkan di Ouzai pada tahun 1970 namun telah berpindah ke luar negara semasa peperangan berlaku. Dia berkata bahawa setiap pendaratan di lapangan terbang berdekatan memperlihatkan sesuatu pemandangan yang menyakitkan. “Setiap kali saya mendarat di lapangan terbang ini, saya menjadi sedih. Saya berusaha untuk menjaga Ouzai mulai sekarang,” tambah Ayad kepada wartawan AFP.

    Nasser telah melancarkan projek itu sejak 18 bulan yang lalu dan telah menjemput beberapa artis seni jalanan Lubnan dan juga antarabangsa untuk mencantikkan lagi kawasan ini. – AFP

    Membawa keriangan

    Nasser telah melancarkan projek itu sejak 18 bulan yang lalu dan telah menjemput beberapa artis seni jalanan Lubnan dan juga antarabangsa untuk mencantikkan lagi kawasan ini. “Saya merasakan kawasan yang paling terpinggir di Lubnan ialah Ouzai dan sejak 40 tahun yang lalu, tidak ada siapa yang memeduli akan kesejahteraan kawasan ini, bukan kerajaan, bukan parti-parti tempatan bahkan bukan rakyat tempatan,” tambah Ayad lagi kepada media.

    Ayad telah bekerjasama dengan penduduk Ouzai untuk mengenal pasti jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang akan diperbaharui dengan cat yang baru dan sekitar 140 bangunan kini telah dicat dan dibantu oleh penduduk di kawasan itu sendiri. Dari jalan kawasan perumahan, Jumana Yunis kelihatan sedang menjemur kacang hijau untuk makan tengah hari dan kelihatan melalui tingkap besar dinding kuning di dalam rumahnya.

    Manakala di bawah tingkap bangunan itu kelihatan mural besar wajah seorang budak perempuan dan diserikan dengan gabungan warna yang tenang. Pada usia 38 tahun, Yunis telah menghabiskan seluruh hidupnya di Ouzai dan membesarkan empat anaknya di rumah dia dibesarkan. Baginya, projek Ouzville itu telah membawa satu kegembiraan ke atas kawasan kejiranan itu sendiri.

    “Kami sangat gembira apabila mendapati kawasan kejiranan ini dipenuhi dengan warna-warna ceria dan pelbagai malah kami dapat rasakan satu suasana baru. Banyak orang datang ke kawasan kejiranan kami dan bertemu dengan orang yang tidak dikenali. Ouzai semakin indah, berkembang dan dipenuhi dengan pelbagai warna,” kata Ayad lagi kepada wartawan AFP.

    Projek ini bertujuan untuk menyerikan lagi kawasan Ouzai menjadi sebuah kawasan kejiranan yang kaya dengan seni dan menakjubkan di pantai barat selatan Beirut. – AFP
    Ayad telah bekerjasama dengan penduduk Ouzai untuk mengenal pasti jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang akan diperbaharui dengan cat yang baru. – AFP

    Seperti tapak peranginan

    Rania Al-Halabi, seorang artis seni jalanan yang turut mengambil bahagian dalam projek tersebut telah mengakui bahawa Ouzai adalah kawasan yang terbaik dan warna boleh merubah segala-galanya untuk menjadikan satu kehidupan lebih cantik dan indah malah perkara ini boleh merubah sesuatu yang baik dalam kehidupan seseorang.

    Walaupun para penduduk mengalu-alukan projek yang dikendalikan oleh Ayad itu, namun mereka turut menyedari bahawa terdapatnya isu mengenali hubungan kawasan itu dengan pihak perbandaran walaupun sudah ada tindakan baru yang dibuat oleh pihak perbandaran di negara itu. “Ia sepatutnya satu usaha dari pihak perbandaran namun kami berharap usaha itu bukan di sini,” kata Zakaria Kobrosly, seorang nelayan yang berusia 57 tahun dan mempunyai sebuah rumah berdekatan dengan kawasan pantai.

    Proses hebat projek ini tergantung kepada kesediaan para penduduk dan Ayad merancang untuk meloloskan diri selepas dia melancarkan kempen kutip derma baru-baru ini untuk mengumpul sekitar AS$35,000 ke arah meneruskan projek berkenaan. Laila Slim berkata bahawa projek ini sebenarnya sangat indah namun disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, ia mudah rosak dan dia berharap untuk projek ini sentiasa memantau persekitaran Ouzai dari masa ke semasa.

    “Apa yang pasti, ia adalah satu usaha murni dan orang ramai akan berpandangan baru terhadap kejiranan Ouzai. Ouzai menjadi satu kawasan yang baru, kerana anda akan dapat melihat Ouzai seperti tapak peranginan Disneyland,” tambah Laila mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda