Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    ‘Pinjam 2 Minit’

    Dalam diam tak sedar hampir dua tahun pemergian Allahyarham Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. Meski permata seni ini telah menghilang dari dunia fana ini namun para peminat masih lagi mengingati Allahyarham.

    Tambah menggambit memori apabila tular pula video yang dimuatnaik pemilik akaun TikTok @dak_opy memaparkan, seorang pemuda yang bekerja di sebuah kedai makan kelihatan seakan arwah Abam Bocey menjadi perhatian ramai.

    Video yang tular itu mendapat perhatian orang ramai dan terbaharu pemuda tersebut dijemput datang ke stesen radio bagi memberi kejutan buat Fad Bocey, sahabat baik arwah Abam.

    Fad kemudian berkongsi fotonya bersama pemuda tersebut di Instagram dan mengatakan terubat rasa rindu, selepas memeluk pemuda tersebut.

    “Dapat pinjam 2 minit peluk insan comel yang sangat persis dengan insan yang aku paling rindu. Alhamdulillah.. Allah aturkan semuanya.

    “Terima kasih @azbuyot, jaga diri.. Semoga yang baik-baik buat kamu” tulisnya.

    Melihat foto yang dikongsikan penyampai radio tersebut bersama pemuda yang persis arway Abam Bocey membuatkan orang ramai meluahkan rasa sebak dan sedih diruangan komen Instagram Fad kerana turut mengingati Allahyarham. – Agensi

    Fad (kanan) berkongsi fotonya bersama pemuda tersebut di Instagram dan mengatakan terubat rasa rindu, selepas memeluk pemuda tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...