RAMALLAH, 30 Julai – Pasukan Israel awal pagi hari ini membuka pintu al-Mathara di Masjid Al Aqsa, agensi berita MENA melaporkan.
Beratus-ratus penduduk al Quds mengadakan perkumpulan di depan pintu gerbang itu kelmarin dalam protes ke atas penutupan oleh Israel.
Jabatan Awkaf Bandar Al Quds sedang mengawasi komitmen polis Israel dengan membuka pintu masjid suci dan membenarkan para jemaah untuk melakukan solat.
Pada 15 Julai, polis Israel menutup dan membatalkan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa dan secara ringkas menahan pemimpin Islam di Jerusalem selepas tiga rakyat Palestin dan dua pegawai polis Israel terbunuh dalam pertempuran senjata di kompleks masjid berkenaan. – Xinhua