Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pintu almari daripada kayu palet

    Oleh Syahmi Hassan – 

    Jika almari awda tiada pintu atau hanya pintu yang tidak menarik, gunakan beberapa kayu palet untuk membina pintu almari yang cantik dan unik.

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • Kayu palet
    • Skru kayu
    • 1×4 kayu pinus
    • Papan lapis ¼ inci
    • Kertas pasir atau mesin pengamplasan
    • Set perkakasan pintu gelungsur atau gaya pintu kandang
    • Gerudi tanpa wayar
    • gergaji bulat
    • gergaji miter
    • pita pengukur
    • gergaji meja

    PERSEDIAAN

    Ukur bukaan almari dari tinggi dan lebar, dan pilih papan palet yang cukup lebar untuk menutupi bukaan.

    Buka palet menggunakan crowbar, prybar kecil dan tukul, dan buang serpihan besar.
    Pengamplasan akhir akan dilakukan kemudian. (Gambar 1 & 2)

    Gambar 1 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 2 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 3 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 4 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 5 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 6 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 7 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 8 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 9 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 10 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 11 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 12 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 13 – Gambar oleh dailystem1
    Gambar 14 – Gambar oleh dailystem1

    BINA RANGKA

    Bina dua rangka menegak mengikut ukuran bukaan menggunakan kayu 1×4.

    Potong juga batang mendatar mengikut anggaran, dan panjang akhir ditentukan selepas susun papan palet. (Gambar 3 & 4)

    SUSUN PAPAN PALET

    Tentukan susunan papan palet agar kelihatan menarik dengan gabungan warna dan lebar secara rawak.

    Potong papan atas dan bawah jika perlu agar selari dengan rangka mendatar.

    Setelah disusun, terbalikkan supaya bahagian belakang papan menghadap ke atas dan tambah batang rangka mendatar di bawah papan. (Gambar 5)

    PASTIKAN RANGKA SEGI EMPAT & PASANG

    Ukur jarak pepenjuru untuk memastikan bentuk segi empat tepat. Skru setiap sudut melalui papan palet ke papan lapis ¼ inci untuk mengekalkan kedudukan. (Gambar 6 & 7)

    RATAKAN TEPI

    Gunakan garisan kapur atau tepi lurus untuk menanda dan potong papan agar panjangnya sama rata. (Gambar 8)

    PASANG PAPAN LAPIS BELAKANG

    Potong papan lapis ¼ inci mengikut panjang dan lebar pintu.

    Tentukan sisi yang hendak disembunyikan dan letakkan di bahagian belakang papan palet.
    Skru papan lapis ke papan palet atau gam jika dikehendaki.

    Untuk papan palet dengan celah, warnakan atau sapu pewarna pada papan lapis terlebih dahulu. (Gambar 9 & 10)

    UKUR DAN AMPLAS

    Ukur semula jarak pepenjuru untuk memastikan pintu segi empat tepat.

    Amplas seluruh permukaan sehingga licin dan selamat untuk menyentuh pakaian. (Gambar 11 & 12)

    PASANG PERKAKASAN

    Pasang perkakasan pintu gelungsur mengikut arahan pengeluar. Pastikan ketebalan pintu sesuai dengan perkakasan. (Gambar 13)

    Kini pintu buatan tangan awda sendiri siap menghiasi almari, memberikan sentuhan unik serta peribadi pada ruang kediaman. (Gambar 14)

    Tip-tip rekaan:

    • Pastikan papan dipotong dengan tepat untuk kestabilan pintu
    • Gunakan skru dan gam kayu berkualiti tinggi untuk ketahanan
    • Semak perkakasan pintu gelungsur sesuai dengan ketebalan pintu

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda