Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PIP adakan latihan untuk kanak-kanak

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Program pembangunan bola sepak akar umbi tempatan, Projek Ikan Pusu (PIP) telah menekankan keperluan untuk memberikan akses latihan percuma kepada kanak-kanak sebagai masa depan bola sepak negara.

    Gesaan ini diketengahkan berikutan kembalinya sesi latihan untuk semua pemain PIP sejak cuti Ramadan.

    Penolong Ketua Jurulatih PIP, Aldy Haji Omar berkata, “Kami tidak mahu melihat mana-mana kanak-kanak terlepas daripada latihan bola sepak berkualiti kerana ibu bapanya tidak mampu membayar yuran bulanan.

    “Setiap daripada kami dalam PIP termasuk jurulatih, ahli jawatankuasa, pemain, ibu bapa dan penyokong melaksanakan ini secara percuma untuk masa depan bola sepak Brunei,” ujarnya.

    Akademi bola sepak yang telah lama wujud itu turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta Jabatan Belia dan Sukan atas bantuan mereka yang baik dalam menyediakan kemudahan.

    Akademi ini telah diberikan kebenaran menggunakan Padang Jerudong dan Sungai Kebun secara percuma sepanjang tahun 2024.

    Ketua Jurulatih PIP, Haji Omar bin Haji Jamil bagi pihak program pembangunan bola sepak merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan padu mereka.

    Beliau juga berkata walaupun jurulatih PIP adalah sukarelawan, mereka turut memperoleh lesen Kejurulatihan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) A, B atau C.

    Antara aksi kanak-kanak yang menyertai latihan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PIP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda