Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PIP tingkat latihan persediaan

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Pasukan Projek Ikan Pusu (PIP) Bawah 12 tahun (B12) telah meningkatkan latihan mereka sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Dirgahayu Remaja B12.

    Kejohanan yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos itu dianjurkan oleh Khidmat Pengurusan Litmus dan Kelab Bola Sepak KPPKSK sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    PIP, yang telah melahirkan pemain-pemain berbakat tempatan dijangka akan menjadi pasukan yang perlu ditewaskan selepas muncul juara Liga Akademi Bola Sepak Brazil (BFA) NOSSA 2024 B12.

    Program pembangunan akar umbi tempatan akan menjadi antara pasukan yang akan mempamerkan bakat muda cemerlang negara.

    Jurulatih PIP, Dayang Norkhairunnisa binti Awang Mohammad, dan Siti Nurhaffizah @Yulianna binti Kekali, mengemas kini perkembangan pemain-pemain muda tersebut.

    Kedua-duanya bersetuju, “Inilah sebabnya kami memilih Tasek secara khusus untuk larian naik dan turun bukit. Ia sukar, tetapi kami mesti berada dalam keadaan terbaik untuk kejohanan ini.”

    Manakala Pengurus Pasukan, Rosnani binti Wahid, melahirkan rasa bangga dengan komitmen pemain semasa latihan di samping menghargai kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa.

    Dayang Norkhairunnisa bersama pemain-pemain PIP semasa mengadakan latihan menjelang kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PIP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda