Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piring rekod vinil bioplastik pertama di dunia dilancarkan

    PARIS, 20 JULAI – Sebuah firma Britain berkata ia telah menghasilkan piring rekod vinil bioplastik pertama di dunia, yang diharapkan dapat mengurangkan keperluan untuk menggunakan PVC yang sangat bertoksik.

    Bioplastik diperbuat dari sumber semula jadi seperti gula dan kanji, bukannya minyak dan gas – dan tidak menghasilkan sebarang sisa toksik dalam pengeluarannya.

    Vinil bioplastik terbaharu dari firma Evolution United Kingdom (UK) telah disahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Music Declares Emergency, kumpulan kempen perubahan iklim yang ditubuhkan pada 2019 oleh artis dan ahli profesional dalam industri muzik.

    “Jika Evolution dapat menghasilkan vinil alternatif, ia boleh menyingkirkan salah satu pencemar utama dalam industri muzik sepenuhnya,” kata penga-sas bersama NGO itu, Lewis Jamieson kepada AFP.

    Pada masa ini, kesemua piring rekod vinil diperbuat daripada Polivinil klorida, atau PVC – Greenpeace menggambarkan ia sebagai plastik yang merosakkan alam sekitar, di mana penghasilannya mengeluarkan toksik, bahan kimia berasaskan klorin yang terkumpul di dalam air, udara dan rantaian makanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda