HONG KONG, 30 Jun – Candu, payung dan buah-buahan kesemuanya ditegah bagi wartawan-wartawan yang membuat liputan lawatan Presiden China Xi Jinping ke perarakan tentera di Hong Kong hari ini, pada senarai lengkap benda pelik yang dianggap amat berbahaya untuk dibawa bersama.
Xi melawat padang udara Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) di utara Hong Kong, salah satu acara paling dijangkakan ketika lawatan tiga hari bersejarah beliau untuk memperingati 20 tahun sejak bandar itu diserahkan kembali ke China oleh Britain.
Sebelum perarakan, para wartawan telah menerima arahan bertulis yang menyatakan langkah keselamatan yang termasuklah 14 kategori aksesori yang ditegah. Sesetengahnya dijangkakan: senjata, pemetik api, pisau. Yang lain kurang dijangkakan.
Sianida, candu, morfin dan heroin secara khusus ditegah di bawah kategori ‘bahan toksik’ dan ‘narkotik menagihkan.”
Binatang, tumbuhan, minuman, makanan dan buah juga disenaraikan.

Mereka yang mahu tampil elok untuk Xi mungkin berdepan masalah kerana kosmetik dan pewangi ditegah kerana ia mengandungi cecair. Masalah bagi para pemberita, yang mana sesuatu yang perlu adalah menulis, pen juga ditegah.
Payung dimasukkan ke dalam kategori berasingan tersendiri pada senarai hitam – ia menjadi simbolik pergerakan pro demokrasi di bandar itu, yang digelar ‘Umbrella Revolution’ (Revolusi Payung) pada tahun 2014.
Para pemberita dibekalkan dengan pen-pen yang diluluskan dan payung dikeluarkan dalam beg cenderahati PLA, yang digunakan oleh ramai yang menonton, untuk melindungi diri mereka dari sinar matahari. Pihak ketenteraan berkata dalam satu kenyataan bahawa barang-barang itu ditegah untuk “memastikan keselamatan.” – AFP