Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pisang kaki bantu tambah tenaga

    PISANG kaki adalah buah kebangsaan Jepun kerana ia dikatakan berasal dari negara tersebut. Buah ini amat unik kerana walaupun namanya pisang tetapi bentuknya tidak menyerupai seperti pisang biasa.

    Ia berbentuk bulat, berisi rangup dan berbiji. Pisang kaki berasal dari keluarga Ebenacea. Masyarakat dunia mengenalinya juga dengan nama Persimmon, Oriental Persimmon, Japanese Persimmon dan Kaki.

    Pelbagai spesies

    Secara umumnya, buah pisang kaki berwarna kuning berkilat dan jingga. Tetapi kini terdapat pelbagai spesies buah pisang kaki.

    Spesies pisang kaki hitam (Diospyros digyna) yang berasal dari Mexico memiliki buah yang berkulit hijau, berisi putih tetapi bertukar hitam apabila matang dan masak.

    Antioksidan dalam pisang kaki pula mampu memastikan kecantikan kulit sekaligus mencegah penuaan.
    Antioksidan dalam pisang kaki pula mampu memastikan kecantikan kulit sekaligus mencegah penuaan.

    Manakala spesies Mabolo (Diospyros discolour) yang berasal dari Filipina dan China pula berwarna merah apabila matang dan masak.

    Sementara spesies pisang kaki Jepun (Diospyros Kaki) pula berasal dari China. Penanamannya tersebar ke seluruh dunia dan terbahagi kepada pelbagai baka. Contohnya Hachiya di Jepun.

    Spesies Khormaloo (DIospyros Lotus) pula berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara di mana ia mendapat nama daripada gabungan perkataan kurma dan plum dalam Bahasa Parsi.

    Bagi spesies pisang kaki Amerika (Diospyros virginiana) yang berasal dari AS pula dikatakan lebih kaya dengan khasiat seperti Vitamin C dan kalsium berbanding pisang kaki Jepun.

    Banyak khasiat

    Pisang kaki merupakan buah serba guna kerana ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Jika dimakan sebelum ia matang sepenuhnya, buah pisang kaki mempunyai rasa pahit berikutan dengan kandungan tanin yang tinggi terdapat di dalamnya.

    Apabila buahnya matang, tannin akan berubah bentuk sekaligus akan membuang kebanyakan rasa pahitnya.

    Oleh itu , amat penting untuk memakan buah pisang kaki sebaik sahaja buahnya lembut dan matang sepenuhnya.

    Khasiat yang boleh diperoleh daripada buah pisang kaki adalah seperti vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin.

    Buah yang segar turut mengandungi sebatian antioksidan seperti vitamin A, beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan cryptoxanthin.

    Selain itu, buah pisang kaki juga turut mengandungi vitamin B-kompleks seperti asid folik, pyridoxine (vitamin B-6) dan thiamin.

    Kandungan air dan elektrolit dalam pisang kaki dapat menggantikan semula kehilangan cecair dan elektrolit semasa bersenam.
    Kandungan air dan elektrolit dalam pisang kaki dapat menggantikan semula kehilangan cecair dan elektrolit semasa bersenam.
    Catechins dalam pisang kaki merupakan sebatian yang cukup baik sebagai anti keradangan.
    Catechins dalam pisang kaki merupakan sebatian yang cukup baik sebagai anti keradangan.

    Di samping vitamin, buah pisang kaki juga turut mengandungi sejumlah mineral seperti kalium, mangan, tembaga dan fosforus.

    Pisang kaki rendah dengan kalori iaitu menyediakan kira-kira 100 gram dan ia juga rendah dengan lemak tetapi kaya dengan sumber serat pemakanan.

    Kebaikan

    Pisang kaki mampu untuk membantu anda agar lebih kenyang dalam jangka lama. Kandungan gula dalam pisang kaki pula boleh berubah kepada tenaga yang menjadikannya sebagai buah yang sesuai untuk dimakan sebelum melakukan senaman.

    Kandungan air dan elektrolit yang terkandung dalam buah ini menjadikan ia sebagai salah satu faktor yang membantu senaman secara keseluruhan.

    Ia juga mampu untuk menggantikan semula kehilangan cecair dan elektrolit semasa bersenam.

    Antioksidan dalam pisang kaki dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang dikatakan bertanggungjawab dalam proses penuaan. Antioksidan ini mampu untuk memastikan kulit kekal sihat.

    Vitamin dalam buah pisang kaki mampu untuk membantu dalam penghasilan kolagen dan membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

    Buah ini juga turut mengandungi antioksidan fitokimia flavonoid polifenolik seperti catechins dan gallocatechins serta sebatian anti tumor asid betulinic.

    Catechins telah diketahui memiliki kandungan anti jangkitan, anti keradangan dan anti pendarahan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda