Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pistol dalam bungkusan ayam mentah

    FORT LAUDERDALE, FLORIDA, 9 NOV – Pegawai keselamatan di lapangan terbang Florida Selatan melaporkan menemui sepucuk pistol tersembunyi dalam ayam mentah yang dibungkus dalam bagasi pengembara.

    Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) menyiar gambar senapang dan ayam di akaun Instagram semalam. Senjata itu ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood.

    Laman itu tidak menamakan pengembara yang sedang membawa senjata itu atau sama ada sebarang tangkapan dilakukan.

    Menurut TSA, daging mentah, makanan laut dan barangan bukan cecair lain dibenarkan dalam bagasi yang dibawa masuk dalam kapal terbang, asalkan ia dibungkus dalam ais. Senjata api dibenarkan dibawa dalam beg yang diperiksa, tetapi ia mesti diisytiharkan di kaunter tiket dan disimpan dalam kotak berkunci. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda