WASHINGTON, 11 NOV – Jaringan daripada Cade Cunningham, Daniss Jenkins dan Javonte Green pada masa tambahan membantu Detroit Pistons menewaskan Washington Wizards 137-135 kelmarin, sekali gus melanjutkan rentetan kemenangan Pistons kepada tujuh perlawanan.
Dalam satu perlawanan yang mendebarkan, pasukan kedua terbaik NBA itu hampir mengatasi kelab Wizards yang merosot kepada rekod terburuk NBA 1-10 dengan kekalahan kesembilan berturut-turut mereka.
“Kami tahu betapa pentingnya perlawanan ini buat kami,” kata Jenkins.
“Kami tidak akan membiarkan sesiapa sahaja menghalang kami daripada mencapai kemenangan ini,” tambahnya.
Cunningham melakukan 14 daripada 45 percubaan dan 16 daripada 18 lontaran percuma untuk memperoleh 46 mata tertinggi dalam kerjayanya dan menambah 12 rebound, 11 assist, lima steal dan dua block ketika Detroit memperbaiki rekod kepada keputusan 9-2.
“Dialah yang akan memimpin pasukan ini walau apa pun yang kami lakukan,” kata Jalen Duren dari Detroit mengenai Cunningham. “Dan melihat dia berjuang serta menjadi pemain hebat, dia telah memberikan kami keyakinan untuk menang,” tambahnya.
Jens masuk dari bangku simpanan untuk menyumbang 24 mata dan lapan rebound tertinggi dalam kerjayanya manakala Duren menambah 19 mata dan 14 rebound untuk Pistons.
C.J. McCollum, yang mendahului Wizards dengan 42 mata, membenam satu floater dengan baki perlawanan 14 saat sekali gus memberikan Wizards mata pendahuluan 126-121. – AFP



