Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pistons tamat rentetan kekalahan

    MIAMI, 31 DIS – Detroit Pistons mengelak rekod yang tidak diingini apabila mereka menamatkan 28 kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 129-127 ke atas Toronto Raptors kelmarin.

    Pistons telah menyamai rekod kekalahan berturut-turut Philadelphia 76ers dengan kekalahan mereka kepada Boston Celtics pada Khamis lalu.

    Kekalahan Pistons secara berturut-turut merupakan musim terpanjang dalam sejarah NBA tetapi kemenangan pertama kelmarin sejak Oktober telah memastikan Pistons mengelak satu lagi pencapaian yang menyedihkan.

    Sumbangan 30 mata dan 12 assist daripada Cade Cunningham membantu Pistons mengembalikan semula perasaan kemena-ngan dan walaupun tiga mata daripada Gary Trent dengan baki kedua mengurangkan defisit, namun sudah terlambat untuk Raptors bangkit semula.

    Ketua jurulatih Pistons, Monty Williams berkata adegan di bilik persalinan selepas kemenangan itu adalah istimewa.

    “Pemain menjerit, saya hampir menitiskan air mata. Saya sangat gembira untuk pasukan kami, saya gembira untuk semua orang di dalam bilik persalinan,” katanya.

    Williams, Jurulatih Terbaik NBA 2022, berkata dia berharap kemenangan itu akan menjadi titik perubahan untuk pasukannya.

    “Kadang-kadang ia memerlukan kemenangan seperti itu untuk memulakan sesuatu dan saya amat menghormati pasukan kami.”

    “Saya fikir orang mungkin berfikir mereka baik-baik saja dengan kekalahan. Tetapi mereka datang setiap hari dengan semangat yang hebat,dan mereka mahukan jawapan. Mereka datang untuk belajar dan cuba menjadi lebih baik.

    “Jadi, saya hanya menghormati pemain kami. Sangat gembira kerana kami akhirnya mendapat kemenangan yang sukar dimenangi dalam liga ini,” katanya. – AFP

    Schroder (kiri), cuba melakukan layup ketika Hayes mengawalnya pada separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA di Detroit pada 30 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda