Monday, May 26, 2025
31.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pita kaset masih digemari pencinta muzik Sufi

    SRINAGAR, INDIA – Farooq Ahmad Shaksaaz menekan butang pada pemain kaset Sharp tahun 1970 miliknya dan dengan bunyi keletak-keletuk yang kuat mesin itu berputar hidup.

    Ketika tukang jahit Kashmir menjahit, mesin itu berderak seketika sebelum suara penyanyi kerohanian Ghulam Ahmad Sofi berkumandang memenuhi kedainya dengan ayat-ayat tentang cinta Ilahi dan kesengsaraan berpisah dengan pencipta alam semesta yang dicintai.

    Shaksaaz, seorang tukang jahit di bandar Kashmir di Srinagar, mewarisi minatnya terhadap muzik tempatan Sufi daripada datuknya bersama-sama koleksi pita kaset audio yang dipelihara dengan teliti dari tahun 1970an, yang sering didengarinya semasa dia bekerja.

    Beliau adalah sebahagian daripada komuniti kecil yang percaya pita kaset adalah cara terbaik untuk mendengar dan mengarkibkan muzik Sufi Kashmir, di mana muzik yang diilhamkan oleh wali Muslim tempatan dan tengah Asia telah lama menjadi ekspresi kerohanian dan emosi yang mendalam.

    Ramai orang beralih kepada muzik untuk bimbingan rohani atau mencari ketenangan daripada tempoh pertempuran yang panjang di rantau itu, penutupan dan sekatan keselamatan.

    Lelaki Kashmir mendengar lagu Sufi pada perakam pita semasa perhimpunan Sufi di pinggir bandar Srinagar, Kashmir. – AP
    Pita kaset lama disusun dalam sebuah rumah di Srinagar. – AP
    Mohammad Ashraf Matoo membaiki perakam pita d kedainya di Srinagar. – AP
    Gambar wali Sufi, Mohammad Rajab Shaksaz (kiri) dan penyanyi Sufi Ghulam Ahmad Sofi (tengah) bersama koleksi kaset lagunya, dipamerkan di sebuah kedai jahit milik Farooq Ahmad Shaksaz. – AP
    Farooq Ahmad Shaksaaz mencari pita kaset kegemarannya di kedai jahitnya di Srinagar. – AP
    Lelaki Kashmir mendengar penyanyi Sufi mengadakan persembahan semasa perhimpunan muzikal di Srinagar. – AP
    Perakam pita yang dibaiki disusun untuk dijual di sebuah kedai di Srinagar. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Selama beberapa dekad, pemain kaset telah membawakan puisi orang suci Sufi yang mengusik jiwa dan melodi mistik instrumen Kashmir seperti sarangi dan santoor, dan sudah lama menjadi rutin harian untuk keluarga berkumpul berlatarkan bunyi perakam pita.

    Malah pada saat ini, perhimpunan muzik sufi tradisional di rantau tersebut sering dirakam hanya pada format audio yang sudah pun lenyap, yang digunakan secara meluas dari tahun 1970an hingga 1990an.

    Sementara muzik boleh diperoleh dalam format digital, ramai warga Kashmir mengatakan ia paling baik didengar pada pita kaset.

    “Ada sesuatu yang unik tentang mesin ini yang bagi saya memainkan rakaman bimbingan rohani,” kata Abdul Ahad, seorang penenun permaidani.

    “Ia merupakan satu ritual suci apabila menekan butang main perakam kaset dan mendengar lagu sebagai pegangan rohani.”

    Kebanyakan album yang paling disukai telah diterbitkan oleh label rakaman tempatan semasa zaman kegemilangan kaset audio, tetapi peminat setia genre itu masih membawa perakam pita ke perhimpunan.

    Perakam digital selalunya tidak dialu-alukan pada sesi muzik setiap malam berkenaan, kerana pencinta muzik Sufi mengatakan ia mengaburkan bunyi yang berlainan daripada instrumen yang berbeza.

    “Ia adalah satu pengalaman berbeza untuk mendengar muzik pada perakam pita,” kata Abdul Hamid Khan.

    “Pitanya lancar dan awda boleh merasai bunyi setiap instrumen, awda tidak mendapat perasaan itu dalam alat kaset baharu ini.”

    Namun, ketika pita semakin usang dan lebih banyak muzik beralih ke platform penstriman digital dan telefon pintar, pengalaman mendengar yang menyentuh perasaan dan peribadi bagi kaset menjadi semakin sukar untuk diteruskan.

    Banyak keluarga terpaksa berpisah dengan alat pemain kaset mereka disebabkan kerosakan mekanikal, manakala yang lain bergelut untuk mengekalkan koleksi kaset yang dihargai, ada di antaranya menyimpan rakaman yang istimewa dan tidak boleh diganti yang diturunkan dari generasi ke generasi.

    Sesetengah pengumpul telah beralih kepada pendigitalan rakaman lama mereka untuk melindunginya bagi generasi akan datang.

    Hanya beberapa kedai di Srinagar, bandar utama rantau ini, menjual perakam pita atau pita kosong dan ketersediaan alat ganti dan juruteknik pembaikan mahir telah berkurangan secara drastik.

    Segelintir mekanik di Lembah Kashmir masih melayani populasi pencinta muzik Sufi, memulihkan mesin yang dibuat oleh jenama Jepun yang digemari seperti Sharp dan Kenwood pada abad lalu.

    Mohammad Ashraf Matoo, seorang mekanik yang belajar sendiri, telah menghabiskan masa bertahun-tahun mengekalkan fungsi pemain kaset berusia berdekad-dekad walaupun alat ganti menjadi semakin berkurangan.

    Dia membeli perakam yang rosak untuk mengeluarkan komponen yang boleh digunakan, dan menghasilkan beberapa bahagian sendiri untuk memastikan peranti pelanggannya berfungsi.

    Sebaik saja dibaiki, perakam pita yang berfungsi dengan baik dijual pada harga antara AS$150 dan AS$850, bergantung pada jenama dan keadaannya.

    Shaksaaz, seorang pencinta muzik Sufi seumur hidup, memanggilnya sebagai ‘misi peribadi’ untuk mengekalkan warisan pita kaset.

    “Ia adalah jambatan penghubung ke masa lalu, satu cara untuk terus berhubung dengan asal-usul rohani dan budaya kita dalam dunia yang sentiasa moden dan digital ini,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/ pkv games https://www.asbisindo.or.id/public/bandarqq/ https://www.asbisindo.or.id/public/dominoqq/ https://www.asbisindo.or.id/public/pkv-games/