Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pitt beri komen penampilan pakai skirt

    Sebelum ini nama Brad Pitt menjadi trending dan liputan banyak media antarabangsa apabila aktor terkenal itu hadir ke pelancaran filem terbaharunya dengan memakai skirt.

    Tentu sahaja penampilan Pitt di tayangan perdana filem Bullet Train tersebut dilihat sebagai momen yang tak biasa, apa lagi Pitt jarang berpenampilan unik.

    Selepas beberapa minggu menjadi perhatian, bekas suami Angelian Jolie itu akhirnya memberi komen terhadap penampilannya yang cukup heboh tersebut.

    Bintang kesayangan ramai itu mem- beri komen kepada wartawan Variety yang bertemunya di karpet merah sempena mempromosikan filem sama di Jerman.

    “Saya tidak tahu. Kita semua akan mati, jadi mari buat hal,” katanya seperti dilaporkan portal sama.

    Meski demikian, untuk kedatangannya di Jerman, Pitt tidak menggayakan penampilan eksentrik.

    Namun lelaki berusia 58 tahun itu tetap menjadi perhatian apabila menyarung sut berwarna hijau terang yang dipadankan bersama kasut berwarna kuning. – Agensi

    Brad Pitt menjadi trending dan liputan banyak media antarabangsa apabila hadir ke pelancaran filem terbaharunya dengan memakai skirt. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...