Piza dan wrap Shawarma diperkenal

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dalam memberikan pelbagai pilihan piza kepada orang ramai, Pizza Hut Brunei telah memperkenalkan siri Piza Shawarma dengan topping baharu iaitu Shawarma Supreme selain Shawarma Wrap.

Shawarma Supreme menampilkan Shawarma panggang, ayam dan daging yang dilapisi dengan taburan keju mozarela dan keju parmesan di samping sos istimewa.

Topping lain yang boleh didapati dalam siri piza Shawarma ini adalah daging, kambing dan ayam.

Piza Shawarma Supreme kambing hanya ditawarkan dalam masa terhad dan semua topping boleh didapati dengan Thin Crust Hand Stretched Artisan Pizza dan Whole Wheat Pizza Crust dalam saiz regular dan besar.

Manakala itu, Shawarma Wrap pula boleh didapati dalam empat pilihan iaitu Supreme, kambing, daging dan ayam.

ATAS & BAWAH: Piza dan wrap Shawarma Supreme terbaharu daripada Pizza Hut. – Gambar serahan Pizza Hut Brunei