Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pizza Hut Brunei perkenal menu baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Pizza Hut Brunei kini tampil dengan menawarkan piza terbaharunya, iaitu Piza Cheesy Smoked Salmon yang sudah semestinya menjanjikan kepuasan bagi para penggemar piza tanah air.

    Piza Cheesy Smoked Salmon yang baru sahaja ditawarkan kepada para pelanggan dilengkapi dengan kepingan daging salmon bersama bebola krim keju dan hirisan buah lemon di atasnya.

    Bagi memenuhi permintaan orang ramai, piza tersebut turut didatangkan dengan beberapa pilihan kulit kerak rotinya serta pelbagai ukuran, di mana para pelanggan boleh memilih sama ada menginginkan pan piza berukuran biasa mahupun besar ataupun thin crust pizza yang berukuran 13″ atau 15″.

    Para pelanggan juga boleh membuat tempahan bagi piza yang didatangkan menggunakan whole wheat crust yang boleh dijadikan pilihan pemakanan yang lebih sihat dan juga menyelerakan.

    Orang ramai boleh mendapatkan Piza Cheesy Smoked Salmon berkenaan di cawangan-cawangan Pizza Hut Brunei di seluruh negara sementara promosi masih berjalan.

    Pizza Hut Brunei memperkenalkan Piza Cheesy Smoked Salmon bagi para penggemar piza.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda