Oleh Salawai Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Dalam mempelbagaikan produknya, Pizza Hut Brunei telah memperkenalkan hidangan piza baharu iaitu Piza Shawarma Kambing atau Ayam.
Piza Shawarma kambing dan ayam masing-masing didatangkan dengan sayuran dan tomato segar serta sos bawang putih yang istimewa dan unik.
Di samping Piza Shawarma, Pizza Hut turut memperkenalkan hidangan pembuka selera TAPAS Party dan HAPPY Hours untuk menambah lagi pilihan hidangan semasa menikmati piza di tiga cawangan Dine In Pizza Hut. Untuk set hidangan HAPPY Hours, ia tampil dengan tiga set hidangan yang berbeza dan hanya boleh dinikmati bermula pukul 2 hingga 5 petang saja setiap hari.
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini, Pizza Hut turut membawakan kembali Ramadan Box yang mengandungi piza bersaiz sederhana, biskut Hershey, roti bawang putih dan kepak ayam BBQ.
Bagi penggemar yang ingin bersungkai dengan hidangan piza pula, Pizza Hut menawarkan Bufet Sungkai All You Can Eat Pizza pada harga yang berpatutan.
