Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Bagi peminat keju, Pizza Hut kini memperkenalkan menu terbarunya yang menampilkan tujuh jenis keju kegemaran ramai melalui piza Cheesy 7.
Cheesy 7 baharu ini pastinya akan memberikan kepuasan bagi penggemar keju apabila menggabungkan tujuh jenis keju dari pelbagai negara dan benua seperti Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Ketujuh-tujuh jenis keju yang digunakan dalam menu Cheesy 7 ialah keju krim, mozzarella, cheddar, parmesan, Provolone, Romano, dan Monterey Jack. Ditambah dengan hirisan daging ayam, hidangan ini sememangnya sempurna dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan terutama para penggemar tegar keju.
Keistimewaan menu ini tidak berakhir begitu saja, adunan doh roti yang lembut dan empuk menjadikan kenikmatan keju lebih terserlah. Pada bahagian luar hujung roti piza tersebut juga tidak dibiarkan kosong begitu saja, malahan ia turut diliputi dengan cheddar yang sungguh menyelerakan.
Ini merupakan peluang terbaik bagi para peminat-peminat keju dan pencinta makanan berasal dari Itali ini untuk merasakan perpaduan rasa antara keju-keju yang terkenal dengan keunikan dan kelazatannya yang tersendiri.
Pizza Hut Brunei akan sentiasa berusaha menampilkan dan menghasilkan produk-produk yang berinovatif bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggannya. Hidangan ini boleh didapati di kesemua cawangan Pizza Hut di negara ini.