Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pizza Hut rai ulang tahun ke-30

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Bagi melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pelanggan setia yang berperanan utama dalam mencapai kejayaan, Pizza Hut Brunei telah menganjurkan acara eksklusif Thank You Dinner sekali gus bagi meraikan ulang tahun yang ke-30, baru-baru ini.

    Semasa acara yang diadakan di Pizza Hut, The Mall itu, para tetamu disajikan bufet piza dan pasta sekali gus mempamerkan pelbagai jenis perisa dan pilihan yang terdapat di Pizza Hut.

    Dalam pada itu, seorang pelawak terkenal tanah air, Loh Latiff turut menyerikan suasana dengan bakat komedi di hadapan para jemputan sambil menikmati juadah yang lazat.

    Menerusi acara sedemikian, ia turut mewujudkan suasana rasa keakraban dalam kalangan para penggemar piza sehingga mencipta memori terindah bersama.

    Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya, Pizza Hut Brunei telah menghulurkan sumbangan kepada Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menyokong kanak-kanak yang menghidap kanser.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Pizza Hut Brunei telah menderma sejumlah wang tunai dan barangan kepada YASKA untuk membantu misi mereka dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang memerangi kanser dan keluarga mereka.

    Sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Pizza Hut Brunei untuk memberi kesan positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

    Di samping itu, ia turut mempamerkan komitmen Pizza Hut Brunei yang tidak berbelah bahagi kepada tanggungjawab sosial dan memberi kesan yang berkekalan kepada komuniti.

    Kanak-kanak YASKA menyerikan acara Pizza Hut Brunei sempena ulang tahunnya di Pizza Hut, The Mall. – Gambar Pizza Hut Brunei
    Antara tetamu yang hadir pada acara eksklusif Thank You Dinner anjuran Pizza Hut Brunei.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sibu Jaya Motocross Track Day 2025 meriah

    SIBU JAYA, 20 NOV – Pasukan dari Brunei Darussalam...

    Dayang Maria Nacase juara kejohanan Boling

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV - Seramai...

    Kejohanan Badminton YBs erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV –...

    Brunei juara Kejohanan Badminton Antara Persatuan ASEAN 2025

    Oleh Lyna Mohamad - BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...