Pizza Hut rai ulang tahun Stuffed Crust Pizza ke-25

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Pizza Hut International yang telah merevolusikan cara pembuatan piza dibuat menerusi Stuffed Crust Pizza, meraikan ulang tahun ke-25 bagi produknya yang ikonik itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, Presiden Pizza Hut International, Vipul Chawla dipetik menyatakan bahawa Stuffed Crust Pizza adalah hasil daripada rasa cintakan piza dan fokus berterusan jenama berkenaan terhadap inovasi.

“Kita tidak hanya meraikan ulang tahun ke-25 menyampaikan konsep sebegini, malah menggunakan saat ini untuk mengiktiraf bagaimana satu idea boleh memulakan pergerakan, dan bagaimana pergerakan itu, di bawah premis makan piza dari belakang, dalam caranya sendiri menyatukan dunia,” tambah beliau.

Kenyataan menyatakan, sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1996, Stuffed Crust Pizza klasik telah ditambah dengan gabungan perisa yang pelbagai dan inovatif.

Di Brunei Darussalam, Pizza Hut mengambil kira cita rasa tempatan untuk memperkenalkan Sausage Supreme Stuffed Crust Pizza yang baharu.

Topping piza baharu ini mempunyai gabungan tiga sosej istimewa iaitu sosej Cabanossi, Kabana dan Italian serta disaluti dengan sos mustard.

Sausage Supreme Stuffed Crust Pizza yang baru diperkenalkan Pizza Hut Brunei. – Gambar serahan Pizza Hut Brunei