Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PJ City tarik diri

    PETALING JAYA, 11 NOV – Tanda tanya sejak beberapa minggu lepas mengenai status Petaling Jaya (PJ) City, hari ini akhirnya terjawab apabila kelab bola sepak itu mengumumkan menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan. 

    Presiden kelab, Datuk Seri Subahan Kamal berkata keputusan itu dibuat bukan atas sebab kewangan, tetapi matlamat kelab itu yang dilihat tidak selari dengan hala tuju penstrukturan Liga Malaysia (Liga-M) pada 2023.  

    Beliau berkata ia terutamanya disebabkan peningkatan kuota pemain import daripada lima kepada sembilan orang, memandangkan PJ City satu-satunya pasukan dalam Liga-M yang menurunkan 100 peratus pemain tempatan sejak musim 2021.

    Subahan berkata pemilik kelab itu, QI Group mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat mengambil alih hak dan lesen pasukan itu untuk bertanding dalam Liga Super 2023. 

    “Kita nak tegaskan bahawa keputusan ini bukan sebab masalah kewangan, tetapi kerana senario bola sepak, yang akan lebih rumit dengan penstrukturan Liga-M bermula musim depan terutamanya peningkatan kuota pemain import.” – Bernama

    Subahan berkata keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan dibuat bukan atas sebab kewangan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda