Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    PJSC bakal anjur simposium perubatan pemulihan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Simposium Perubatan Pemulihan Brunei yang bermatlamat untuk mengumpulkan pakar pemulihan dari Asia Tenggara untuk membincangkan topik-topik utama dalam bidang perubatan pemulihan, akan diadakan di Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) pada 13 Oktober nanti.

    Sehubungan dengan itu, majlis sidang media bagi memberikan gambaran keseluruhan mengenai agenda dan memperkenalkan beberapa orang penceramah yang akan membentangkan ceramah di simposium berkenaan telah diadakan di PJSC, hari ini.

    Menghadiri sidang media berkenaan ialah Pengerusi Simposium Perubatan Pemulihan Brunei, Ketua Jabatan Pemulihan dan Konsultan dalam Perubatan Pemulihan, BNSRC, PJSC, Dr Abang Haji Muhd Fahmy bin Abang Haji Hepnie; Pengarah BNSRC dan Konsultan Neurologi Kanan, BNSRC, PJSC, Pengiran Dr Hajah Siti Nur’Ashikin Pengiran Dato Paduka Haji Tengah; Ahli Persatuan Perubatan Pemulihan ASEAN, Profesor Kehormat dari Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dato’ Dr Zaliha Omar serta Pengerusi Persatuan Perubatan Pemulihan ASEAN, Jabatan Perubatan Pemulihan, Kolej Perubatan Hospital Awam Filipina, Universiti Filipina, Profesor Jerico Santiago Dela Cruz.

    Semasa sidang media berkenaan, para ahli panel mengongsi pentingnya simposium berkenaan dalam memacu perubatan pemulihan ke hadapan di Negara Brunei Darussalam. Dengan tumpuan kepada topik-topik kritikal seperti cerebral palsy, pengurusan pasca kecederaan saraf tunjang dan sindrom myofascial pain, simposium itu dihasratkan untuk meningkatkan kolaborasi serantau dan membangunkan kapasiti dalam penjagaan pemulihan di serata negara-negara ASEAN.

    Simposium itu juga akan mengetengahkan panel perbincangan dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Filipina dan Thailand yang akan berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai inovasi serta amalan pemulihan.

    Sesi sidang media bagi Simposium Perubatan Pemulihan Brunei berkenaan. –  GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda