Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) melalui Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan tidak terlepas memeriahkan bulan Ramadan menerusi program Ramadhan Donation Drive, dengan menyantuni golongan pesakit yang kurang berkemampuan yang sedang menjalani rawatan di pusat pakar tersebut, kelmarin.
Seramai 28 orang pesakit di bawah jagaan Jabatan Kerja Sosial Perubatan di keempat-empat daerah telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan asasi serta produk kebersihan semasa program tersebut.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pengarah Perubatan PJSC, Dr Meera Sahib Kabeer, ahli pasukan pengurusan kanan serta pengarah-pengarah dari The Brunei Cancer Centre (TBCC); Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre (BNSRC); dan Maxillofacial, Facial Plastic and Reconstructive Surgery Centre (MFPRSC).