Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

PK Batu Ferringhi sedia lebih daripada bahan bacaan

-

GEORGE TOWN – Perpustakaan Komuniti (PK) Batu Ferringhi bertujuan menyediakan ruang selamat untuk pengunjung mendapatkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan membaca  serta mengurangkan asimetri maklumat bagi golongan kurang berkemampuan.

Malah, ia juga mempromosi pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda kepada pelbagai perspektif.Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi, yang ditubuhkan lebih sebulan lalu, dipercayai satu-satunya perpustakaan yang mudah diakses oleh penduduk tempatan di destinasi percutian pantai popular di Pulau Pinang.

Pengasasnya, Laura Joseph, 53, berkata, terdapat beberapa halangan dalam menubuh dan mengurus perpustakaan tersebut tetapi segala permasalahan dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan komuniti tempatan.

“Proses penubuhan perpustakaan ini bermula April lalu dan dilancarkan sejak sebulan lalu.

Masyarakat setempat membantu dalam mengumpul dana dan dalam tempoh tiga hari sahaja, berjaya memperoleh dana berjumlah RM9,000.

Pengasas Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Laura Joseph (kanan) bersama pengerusi perpustakaan T. Kamalendren (kiri) dan setiausaha perpustakaan Yusrina Muhammad Yusuff Rameskumar (tengah) menyusun buku-buku di perpustakaan itu baru-baru ini. – Bernama
Setiausaha Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Yusrina Muhammad Yusuff Rameskumar menyusun buku-buku di perpustakaan itu. –Bernama
Pengasas Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Laura Joseph ketika ditemubual Bernama baru-baru ini. – Bernama

“Aspirasi kami adalah untuk mewujudkan tempat selamat untuk masyarakat khususnya kanak-kanak supaya mereka boleh melakukan aktiviti berfaedah yang boleh membantu mereka mengembangkan minda dan kemahiran insaniah di samping menghindar kanak-kanak daripada masalah,” katanya kepada Bernama.

Laura,  seorang pengajar bahasa Inggeris, berkata perpustakaan itu kini dilengkapi dengan lebih 5,000 buku pelbagai genre, serta video cakera digital (DVD) kanak-kanak sumbangan komuniti Batu Ferringhi.

Pada masa ini, katanya, perpustakaan itu hanya beroperasi pada hujung ming-gu di mana pelawat boleh menyertai aktiviti percuma seperti sesi bercerita oleh artis suara, kelas seni untuk golongan muda dan warga emas serta bengkel robotik untuk kanak-kanak.

Beliau berharap untuk membuka perpustakaan itu setiap hari apabila berjaya mendapatkan lebih banyak dana serta lebih ramai sukarelawan untuk membantu melaksanakan aktiviti tersebut.

Di samping itu, beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan belajar kaedah mengkatalogkan buku-buku supaya pelawat boleh mula meminjamnya.

Beliau memasang impian besar untuk melihat kewujudan perpustakaan tanpa mengira saiz di setiap perbandaran.

“Perpustakaan tidak seharusnya ditakrifkan sebagai sudut sunyi untuk buku dan ulat buku.

Di bahagian lain di dunia, perpustakaan perlahan-lahan berkembang menjadi pusat komuniti dan itulah yang kami cita-citakan,” tambahnya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -