Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKL kenang jasa penjawat awam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Seramai 223 pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya termasuk pegawai dan kakitangan dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia diraikan dalam Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun bagi tahun 2024, yang berlangsung di Dewan Bankuet, Majlis Mesyuarat Negara, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Hadir menyempurnakan penyampaian pingat-pingat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; setiausaha tetap, pemangku-pemangku setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta para pegawai kanan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini dan diteruskan dengan penyampaian PKL kepada para penerima oleh Yang Berhormat Dato.

    Majlis itu diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan jasa kepada para pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyempurnakan penyampaian PKL kepada para penerima yang diraikan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    ATAS & BAWAH: Di antara para penerima yang diraikan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda